Security Tips
Penipuan Penyamaran (Impersonation Scam)
PENIPUAN PENYAMARAN (IMPERSONATION SCAM)
Apakah itu Penipuan Penyamaran?
Penipuan penyamaran berlaku apabila penipu berpura-pura menjadi individu, organisasi atau pihak berkuasa yang dipercayai untuk memperdaya mangsa supaya memindahkan wang, mendedahkan maklumat peribadi atau memberikan akses kepada akaun dan peranti milik mangsa.
Bagaimana Penipuan Penyamaran Berfungsi?
Penipu menggunakan taktik psikologi seperti mewujudkan rasa terdesak, ketakutan atau keterujaan bagi mendorong mangsa bertindak tanpa sempat mengesahkan dakwaan mereka.
Taktik Penipuan Penyamaran yang Biasa Berlaku
Agensi Kerajaan & Penguatkuasaan Undang-Undang
Penipu menyamar sebagai pegawai cukai, polis atau pihak berkuasa yang lain dengan mendakwa sama ada mangsa mempunyai tunggakan bayaran, terlibat dalam kes undang-undang atau berdepan tindakan penahanan dan siasatan.
Menyamar Sebagai Pegawai Institusi Kewangan
Penipu mendakwa terdapat aktiviti mencurigakan atau transaksi tidak sah pada akaun mangsa dan meminta mangsa membuat pengesahan segera atau memindahkan wang ke akaun yang kononnya merupakan “akaun selamat”.
Sokongan Teknikal / Penyedia Perkhidmatan
Penipu menyamar sebagai juruteknik syarikat perisian terkenal, syarikat telekomunikasi atau penyedia utiliti dengan mendakwa sistem mangsa dijangkiti virus atau perkhidmatan akan ditamatkan jika bayaran tidak dibuat atau perisian capaian jauh tidak dipasang.
Rakan atau Ahli Keluarga
Penipu menghubungi mangsa melalui aplikasi pesanan atau media sosial dengan menyamar sebagai ahli keluarga atau rakan yang kononnya sedang menghadapi kecemasan dan memerlukan bantuan kewangan segera.
Syarikat Penghantaran & Logistik
Penipu menghantar SMS palsu berkaitan “penghantaran bungkusan tidak berjaya” berserta pautan yang meminta bayaran tambahan atau pengesahan maklumat peribadi.
Tanda-Tanda Amaran yang Perlu Diberi Perhatian
- Tekanan dan Desakan Melampau: Penipu mendesak anda bertindak segera atau berdepan akibat serius seperti akaun dibekukan, ditangkap atau dikenakan tindakan undang-undang.
- Permintaan Bayaran Tanpa Syarat: Penipu meminta bayaran melalui kad hadiah, mata wang kripto, pindahan wang atau pemindahan terus ke akaun bank peribadi.
- Permintaan Maklumat Sulit: Penipu meminta kata laluan, PIN atau nombor penuh kad kredit/debit.
- Kaedah Hubungan yang Mencurigakan: Anda menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali, mesej melalui aplikasi pemesejan (DM, SMS, Telegram dan sebagainya) daripada individu yang tidak dikenali atau e-mel daripada domain yang mencurigakan.
Tip Keselamatan
- Berhenti dan Sahkan: Jangan gunakan maklumat perhubungan yang diberikan dalam mesej atau panggilan yang mencurigakan. Tamatkan panggilan dan hubungi organisasi tersebut melalui laman web rasmi atau nombor rasmi yang tertera pada kad atau penyata bank anda.
- Aktifkan Pengesahan Pelbagai Faktor (MFA): Gunakan MFA, sebaiknya melalui aplikasi pengesah (authenticator app) berbanding SMS, untuk semua akaun peribadi dan kerja bagi mengurangkan risiko akses tanpa kebenaran.
- Lindungi Maklumat Log Masuk Anda: Bank dan agensi kerajaan yang sah tidak akan meminta kata laluan, maklumat perbankan dalam talian atau PIN anda.
- Elakkan Mengklik Pautan yang Tidak Disahkan: Jangan klik pautan yang diterima melalui SMS atau aplikasi pesanan daripada sumber yang tidak dijangka atau tidak dikenali.
- Jangan Beri Akses Capaian Jauh: Jangan muat turun perisian atau aplikasi yang disyorkan pemanggil tidak dikenali yang mendakwa ingin menyelesaikan masalah teknikal peranti anda.
Petua Mudah: Jika sesuatu mesej atau panggilan menimbulkan rasa panik, menjanjikan ganjaran yang tidak dapat disahkan, meminta maklumat sulit atau mendesak anda bertindak serta-merta, anggap ia sebagai mencurigakan dan sahkan terlebih dahulu melalui saluran rasmi sebelum mengambil sebarang tindakan.
Ingat: Berhenti. Semak. Sahkan. Bertindak.
IMPERSONATION SCAM
What is an Impersonation Scam?
An impersonation scam occurs when a fraudster pretends to be a trusted individual, organisation or authority figure to deceive you into transferring money, disclosing sensitive personal details or granting access to your accounts or devices.
How Impersonation Scams Work
Scammers use psychological tactics such as urgency, fear, trust or excitement to pressure you into acting before you have time to verify the legitimacy of the request.
Common Impersonation Scam Tactics in Malaysia
Government & Law Enforcement Agencies
Pretending to be tax officials, police or regulatory authorities alleging you owe unpaid fees, have a pending legal case or face arrest.
Banks & Financial Institutions
Claiming there is suspicious activity or an unauthorised transaction on your account, requiring immediate verification or transfer fund to a so-called “safe account”.
Tech Support / Service Providers
Posing as technicians from known software companies, telcos or utilities claiming your system is infected or your service will be disconnected unless you pay or install remote-access software.
Friends or Family
Contacting you via messaging apps or social media, claiming to be a family members or friends facing an emergency and urgently need money.
Delivery & Logistics Companies
Sending fake SMS text messages about a “missed package delivery” with a link requesting payment for extra shipping fees or confirmation of personal info.
Beware of these Red Flags
- High pressure & urgency: The scammer insists that you act immediately or face severe consequences (e.g. account suspension, arrest, legal action).
- Unusual or Immediate Payment Requests: Requests to pay via gift cards, cryptocurrency, wire transfers or direct transfers into personal bank accounts.
- Requests for confidential data: Asking for passwords, PINs, online banking credentials or full credit card numbers.
- Unusual contact methods: Receiving unexpected calls from generic numbers, messages via messaging apps (DM, SMS, Telegram and etc) from unknown contact numbers or emails from suspicious domains.
How to Protect Yourself
- Pause and verify: Never use the contact details provided in a suspicious message or call. Hang up and contact the institution directly using the official website URL or the official number on the back of your card/bank statement.
- Enable Multi-Factor Authentication (MFA): Set-up MFA preferably using an authenticator app rather than SMS – on all personal and work accounts to prevent unauthorized access even if your credentials are compromised.
- Keep credentials private: Legitimate banks and government agencies will never ask for your password, PIN or online banking credentials via phone calls, SMS, emails or messaging applications.
- Avoid clicking unverified links: Do not click on links sent via unexpected SMS or instant messages.
- Never grant remote access: Do not download software or apps suggested by unexpected callers claiming to fix a technical issue.
Rule of Thumb: If a message creates panic, promises an unverified prize or demands immediate action, treat it as suspicious and verify it through official channels before taking any action.





