Security Tips

Jangan Benarkan Orang Lain Menggunakan Akaun Bank Anda

mule-account-featured-image
29 October 2026
Share this

Jangan Benarkan Orang Lain Menggunakan Akaun Bank Anda

Lindungi Diri Daripada Sindiket Keldai Akaun

Sindiket Keldai Akaun

Penipu sering menawarkan komisen, pekerjaan sambilan atau wang mudah sebagai ganjaran untuk menggunakan akaun bank anda. Jika anda membenarkan akaun anda digunakan untuk menerima, memindahkan atau mengeluarkan wang bagi pihak orang lain, anda mungkin terlibat dalam aktiviti jenayah tanpa disedari.

Tanda-Tanda Amaran

Berwaspada sekiranya seseorang meminta anda untuk:

  • Menerima wang dan memindahkannya ke akaun lain.
  • Berkongsi kad ATM, nombor PIN atau maklumat perbankan dalam talian.
  • Membuka atau menggunakan akaun bank bagi pihak mereka.
  • Menjalankan transaksi sebagai balasan komisen atau upah.

Apa Risikonya?

Sekiranya anda terlibat sebagai keldai akaun, anda boleh menghadapi risiko berikut:

  • Akaun anda boleh disekat, digantung atau ditutup.
  • Anda boleh mengalami kerugian kewangan.
  • Anda mungkin disiasat oleh pihak berkuasa.
  • Anda boleh dikenakan tindakan undang-undang dan pendakwaan.

Lindungi Diri Anda

  • Gunakan akaun bank untuk urusan peribadi sendiri sahaja.
  • Jangan sesekali berkongsi maklumat perbankan anda dengan sesiapa.
  • Tolak tawaran yang menjanjikan wang atau keuntungan mudah.
  • Jangan meminjamkan, menyewakan atau menjual akaun bank anda kepada orang lain.

Ingat!

Akaun bank anda adalah milik dan tanggungjawab anda. Jangan kongsi. Jangan sewa. Jangan jual. Elakkan daripada menjadi mangsa atau alat kepada sindiket keldai akaun.

Don’t Let Others Use Your Bank Account

Protect Yourself from Money Mule Scams

Money Mule Scams

Fraudsters often offer commissions, part-time jobs, or easy money in exchange for using your bank account. If you allow your account to be used to receive, transfer, or withdraw money on behalf of someone else, you could unknowingly be involved in criminal activities.

Warning Signs

Be cautious if someone asks you to:

  • Receive money and transfer it to another account.
  • Share your ATM card, PIN, or online banking credentials.
  • Open or use a bank account on their behalf.
  • Conduct financial transactions in exchange for commission or payment.

What Are the Risks?

If you become involved as a mule account holder, you may face the following risks:

  • Your account may be frozen, suspended, or closed.
  • You could suffer financial losses.
  • You may be investigated by law enforcement authorities.
  • You could face legal actions and prosecution.

Stay Safe

  • Use your bank account only for your own personal transactions.
  • Never share your banking credentials with anyone.
  • Reject offers that promise easy money or quick profits.
  • Never lend, rent out, or sell your bank account to others.

Remember!

Your bank account is your responsibility. Don’t share it. Don’t rent it out. Don’t sell it.

Protect yourself from becoming a victim or a tool of mule account syndicates.

Similar reads for you

Penyamaran-thumbnail
Penipuan Penyamaran (Impersonation Scam)
awfar-thumbnail
 AWFAR Savings Account
FPX Campaign 2026-thumbnail
Bank Islam FPX Campaign
maintenance-notice
Notis: Gangguan Sementara Perkhidmatan Pembukaan Akaun secara dalam Talian
Mule-account-thumbnail
Jangan Benarkan Orang Lain Menggunakan Akaun Bank Anda
thumbnail-qr-code-scam
Penipuan Kod QR