Security Tips
Penipuan Kod QR
Penipuan Kod QR
Apakah Penipuan Kod QR?
Ia merupakan satu bentuk penipuan yang menggunakan kod QR palsu untuk memperdaya mangsa supaya melakukan tindakan yang boleh menjejaskan keselamatan akaun, peranti atau kewangan mereka.
Bagaimana Penipuan Kod QR Berlaku
Ia bermula melalui mesej, hantaran media sosial, e-mel atau promosi palsu yang menggalakkan mangsa mengimbas kod QR. Setelah diimbas, mangsa mungkin dibawa ke laman web palsu, diminta berkongsi maklumat peribadi atau perbankan, meluluskan transaksi yang tidak sah, atau memuat turun aplikasi daripada sumber yang tidak dipercayai. Maklumat atau akses yang diperoleh kemudiannya boleh disalahgunakan untuk tujuan penipuan, kecurian identiti atau mendapatkan akses tanpa kebenaran kepada akaun dan peranti mangsa.
Taktik Penipuan Kod QR yang Sering Digunakan
Ganjaran dan Promosi Palsu
“Tahniah! Anda terpilih untuk menerima hadiah eksklusif. Imbas kod QR untuk membuat penebusan hadiah anda.”
Pengesahan Akaun Palsu
“Akaun anda akan digantung sekiranya pengesahan tidak dilakukan dengan segera. Imbas kod QR ini untuk mengesahkan akaun anda.”
Permintaan Pembelian Dalam Talian atau Penghantaran Palsu
“Bungkusan anda sedang menunggu penghantaran. Imbas kod QR ini untuk mengesahkan maklumat penerimaan.”
Penipuan Muat Turun Aplikasi
Mangsa diminta memuat turun aplikasi daripada sumber yang tidak diketahui sebelum mengimbas kod QR yang tertera untuk proses pengaktifan atau pengesahan.
Kod QR Palsu di Tempat Awam
Penjenayah menampal kod QR palsu di atas kod pembayaran yang sah di premis perniagaan atau tempat awam bagi mengalihkan pembayaran ke akaun mereka.
Apakah Akibatnya?
Mangsa mungkin mengalami:
- Kerugian kewangan
- Kebocoran maklumat peribadi dan perbankan
- Akses tanpa kebenaran kepada akaun atau peranti
- Kecurian identiti
- Gangguan kepada perkhidmatan perbankan
- Tekanan emosi dan kehilangan keyakinan
Wang yang telah dipindahkan kepada akaun penjenayah mungkin sukar untuk diperoleh semula.
Cara Melindungi Diri Anda
- Imbas kod QR hanya daripada sumber rasmi, yang dipercayai atau sahih.
- Muat turun aplikasi hanya daripada gedung aplikasi rasmi seperti Apple App Store atau Google Play Store.
- Semak alamat laman web yang dipaparkan selepas mengimbas kod QR sebelum memasukkan sebarang maklumat peribadi atau perbankan.
- Berwaspada terhadap tawaran, hadiah atau promosi yang kelihatan terlalu menarik untuk dipercayai.
- Jangan meluluskan sebarang transaksi yang tidak anda lakukan atau kenali.
- Semak aplikasi yang dipasang pada peranti anda secara berkala.
- Hubungi bank anda dengan segera jika anda mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan.
- Laporkan insiden penipuan kepada National Scam Response Centre (NSRC) melalui talian 997 dengan segera.
QR Code Scams
What is a QR Code Scam?
A QR code scam occurs when scammers use fake QR codes to trick victims into taking actions that may compromise the security of their accounts, devices, or finances.
How QR Code Scams Work
QR Code scams may begin with a message, advertisement, social media post, email, or fake promotion that encourages victims to scan a QR code. Once scanned, victims may be redirected to a fake website, asked to provide personal or banking information, approve unauthorised transactions, or download an application from an unofficial or untrusted source. Information or access obtained may then be misused to conduct fraud or gain unauthorised access to the victim’s accounts or devices.
Common QR Code Scam Tactics
Fake Rewards and Promotions
“Congratulations! You’ve won a shopping voucher. Scan the QR code to claim your reward.”
Fake Account Verification
“Your account will be suspended unless you verify it immediately by scanning this QR code.”
Fake Online Purchase or Delivery Requests
“Scan this QR code to confirm your order and schedule delivery.”
Application Download Scams
Users are asked to install an application from an unofficial or untrusted source and then scan a QR code to proceed.
Fake QR Codes at Public Places
Fraudsters place fake QR stickers over legitimate payment codes.
What Could Happen?
Victims may experience:
- Financial losses
- Exposure of personal or banking information
- Unauthorised access to accounts or devices
- Identity theft
- Disruption to banking services
- Emotional distress and loss of confidence
Funds transferred to scammers may be difficult to recover.
How to Protect Yourself
- Scan QR codes only from trusted sources.
- Download applications only from official app stores such as the Apple App Store or Google Play Store.
- Check the website address displayed after scanning the QR code before entering any personal or banking information.
- Be cautious of offers, rewards, or promotions that seem too good to be true.
- Do not approve transaction requests that you did not initiate or do not recognise.
- Review installed applications regularly.
- Contact your bank immediately if suspicious activity is detected.
- Report scam incidents to the National Scam Response Centre (NSRC) by calling 997 immediately.





